Melatih Diri Menahan Nafsu dan Syahwat
Allah SWT telah memberikan wahyu kepada Nabi Musa as:
“ Wahai Musa , jika engkau ingin Aku lebih dekat kepadamu daripada ucapanmu kepada lisanmu , daripada keraguan hatimu kepada hatimu , daripada rohmu kepada badanmu , daripada cahaya penglihatanmu kepada matamu dan daripada pendengaranmu kepada telingamu , maka perbanyakanlah membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW .”
Allah SWT telah berfirman :
“ Hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang diusahakan untuk esok (hari Kiamat).”
Ketahuilah wahai manusia ! sesungguhnya nafsu yang memerontahkan kejahatan itu lebih memusushimu daripada Iblis. Syaitan hanyalah memperalat nafsu syahwat untuk menguasaimu. Janganlah engakau tertipu oleh nafsumu dengan segala angan-angan dan kepalsuan. Watak nafsu adalah berasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau rela menuruti rayuannya, hancurlah engkau. Jika engkau lambat memperhitungkan tentu akan tenggelam. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia melemparmu ke Neraka. Nafsu tidak pernah menuju kepada kebaikan. Ia sumber bencana. Dialah markas Iblis serta tempat segala keburukan yang haya diketahui oleh Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui segala yang engkau perbuat, baik mahupun jahat.
Jika seorang hamba mahu merenungi umurnya yang telah lanjut untuk mencari Akhirat ,maka renungan itu dapat mencuci hati. Seperti disebutkan oleh Rasulullah SAW:
“ Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah setahun.”
Demikian dalam tafsir Abul- Laits. Maka sayugianya bagi orang yang berakal segerabertau bat atas dosa yang telah lalu dan memikirkan akan bekalan mencapai keselamatan di Akhirat. Dia memutuskan angan-angan keduniaan, segera bertaubat, mengingati Allah, meninggalkan larangan-Nya, sabar menahan nafsu dan tidak perturutkan keinginan syahwat. Ingat! Nafsu adalah berhala. Barangsiapa menuruti nafsu bererti menyembah berhala. Orang yang menyembah Allah, dialah yang mampu menahan nafsunya.
Zahya bin Muaz Ar Razi berkata, “Perangilah nafsumu dengan taat dan riadhah( latihan rohani). Riadhah adalah mengurangi tidur, makan mahupun bercakap, menahan kepedihan daripada makhluk. Sedikit tidur akan mensucikan kehendak, sedikit berkata akan selamat dari bencana. Menahan pedih dapat menghantarkan sampai puncak. Bahkan sedikit makan dapat menundukkan syahwat. Sesungguhnya banyak makan dapat mengeraskan hati dan hilangnya cahayanya. Dan cahaya hikmah adalah lapar . serta kenyang dapat menjatuhkan seseorang daripada Allah. Sesungguhnya Rasulullah SAW Telah bersabda:
“Terangkanlah hatimu dengan lapar. Perangilah nafsumu ddengan lapar dan haus. Serta sentiasalah mengetuk pintu Syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan membela agama Allah. Dan sesungguhnya tidak ada amal yang lebih disukai Allah daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit seseorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah.”
Daripada Lukman Al Hakim, dia berkata kepada puteranya,’’ Janganlah engkau banyak tidur dan makan . barangsiapa memeperbanyak keduanya, pada hari Kiamat dia miskin amal soleh.’’ Ini tersebut dalam kitab ‘Maniyyatul Mufti’.
Rasulullah SAW bersabda:
“ janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan taman jika tergenang air .
No comments:
Post a Comment