Ketawa, Menangis dan Berpakaian
Allah Azza Wa Jalla berfirman :
“ Apakah kamu takjub mendengar berita ini?”
Sesetengah mufassisrin mengatakan bahawa engkau hairan dan mendustakan Al- Quran serta tertawa mengejeknya. Padahal ia dari sisi Allah. Namun engkau tidak pernah menangis kerana takut akan ancaman-ancaman di dalamnya. Engkau tidak pedulikan apa yang diminta darimu. Dikatakan juga bahawa setelah turun ayat ini , Nabi SAW tidak pernah tertawa melainkan hanya tersenyum sahaja.
Dari Ibnu Umar ra , SUATU HARI Nabi SAW keluar dari masjid berjumpa dengan suatu kaum yang berborak-borak dan tertawa riang. Nabi SAW berhenti lalu memberi salam kepada mereka dan bersabda:
“Banyaklah mengingati penarik kelazatan!”
Di lain kesempatan, setelah itu, baginda juga keluar bertemu dengan suatu kaum yang tertawa riang. Baginda lalu bersabda:
“ Ingatlah, demi zat yang aku dalam kekuasaan-Nua, kalau engkau tahu apa yang aku tahu, tentu akan sedikit tertawa dan banyakmenangis.”
Ketika Khidir hendak berpisah dengan Musa as, Musa meminta, “ Wasiatlah aku!” Khidir berkata, “ Wahai Musa, takutlah engkau dalamnya laut, jangan berjalan tanpa keperluan, jangan ketawatanpa sebab yang menghairankan dan jangan pula engkau salahkan orang-orang yang bersalah sebab kesalahan mereka dan menangislah atas kesalahanmu sendiri.”
No comments:
Post a Comment