Saturday, 19 November 2011

MasyaAllah

Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

Saturday, 22 October 2011

Kita Sebenarnya ...

Kita Sebenarnya ...

1.   Lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 MUHARRAM.
2.  Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 RABIULAWAL .
3.  Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar AZAN
4.  Lebih suka lepak , tidur , tengok tv daripada SOLAT .
5.  Lebih tahu tentang artis pujaan daripada nama NABI-NABI ALLAH .
6.  Lebih suka menyambut hello daripada ASSALAMUALAIKUM .
7.  Lebih suka menyanyi rock , dangdut daripada BERWIRID  BERTAHMID DAN BERZIKIR .
8.   Lebih suka memuji manusia daripada PENCIPTA KITA SENDIRI.
9.   Lebih suka membaca majalah hiburan daripada AL-QURAN

10. Lebih suka ke konsert , karaoke daripada CERAMAH AGAMA.

11.  Lebih suka memaki , mengumpat orang daripada MEMUJI mereka .

12. Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan AKHIRAT .

TETAPI BILA ORANG BERTANYA ARAH TUJUAN KITA , KITA PASTI MENJAWAB KITA LEBIH SUKA MEUJU KE SYURGA DARIPADA NERAKA.

“ LAYAKKAH KITA DENGAN SYURGA ALLAH SWT ??? “

Fikir-fikir dan renung-renungkan ...

Saturday, 15 October 2011

Wanita-wanita solehah


Wanita-wanita Solehah

Ciri-ciri wanita syurga :-)

Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga.

Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Surga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)


Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta'ala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Surga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :

"Dan (di dalam Surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (Al Waqiah : 22-23)

"Dan di dalam Surga-Surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 5
)

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :

" … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nomor 1557)

Ciri-ciri wanita syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta'ala berfirman :

" … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)

ketawa , menangis dan berpakaian


Ketawa, Menangis dan Berpakaian

Allah Azza Wa Jalla berfirman :
Apakah kamu takjub mendengar berita ini?”

     Sesetengah  mufassisrin mengatakan bahawa engkau hairan dan mendustakan Al- Quran serta tertawa mengejeknya. Padahal ia dari sisi Allah. Namun engkau tidak pernah menangis kerana takut akan ancaman-ancaman di dalamnya. Engkau tidak pedulikan apa yang diminta darimu. Dikatakan juga bahawa setelah turun ayat ini , Nabi SAW tidak pernah tertawa melainkan hanya tersenyum sahaja.
     Dari Ibnu Umar ra , SUATU HARI Nabi SAW keluar dari masjid berjumpa dengan suatu kaum yang berborak-borak dan tertawa riang. Nabi SAW berhenti lalu memberi salam kepada mereka dan bersabda:
     “Banyaklah mengingati penarik kelazatan!”

     Di lain kesempatan, setelah itu, baginda juga keluar bertemu dengan suatu kaum yang tertawa riang. Baginda lalu bersabda:
     “ Ingatlah, demi zat yang aku dalam kekuasaan-Nua, kalau engkau tahu apa yang aku tahu, tentu akan sedikit tertawa dan banyakmenangis.”

     Ketika Khidir hendak berpisah dengan Musa as, Musa meminta, “ Wasiatlah aku!” Khidir berkata, “ Wahai Musa, takutlah engkau dalamnya laut, jangan berjalan tanpa keperluan, jangan ketawatanpa sebab yang menghairankan dan jangan pula engkau salahkan orang-orang yang bersalah sebab kesalahan mereka dan menangislah atas kesalahanmu sendiri.”

meninggalkan perintah , fasik dan munafik


Meninggalkan Perintah, Fasik dan Munafik

Allah SWT berfirman:
“ janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah…”
                                                                           (Q.S. Al Hasyr: 19)

   Rasulullah SAW pernah ditanya perihal orang mukmin dan orang munafik. Kemudian beliau menjawab:
sesungguhnya orang mukmin himahnya dalam solat dan puasa. Sedangkan orang munafik himahnya pada makann dan minuman bagai bintang, di samping meninggalkan solat dan ibadah yang lain. Orang mukmin sibuk bersedekah dan meminta ampun. Sedangkan orang munafik terlena oleh kerakusan dan angan-angan. Orang mukmin memutuskan harapan kepada segala sesuatu selain Allah. Orang mukmin mengorbankan segala sesuatu untuk agama. Sedangkan orang munafik mengorbankan agama untuk harta. Orang mukmin aman dari segala sesuatu selain Allah. Tapi orang munafik takut segala sesuatu selain Allah.  Orang mukmin selalu berbuat baik dan menangis. Sedangkan orang munafik selalu berbuat jahatdan tertawa. Orang mukmin suka menyendiri dan menyepi. Tapi orang munafik suka bergaul beramai-ramai. Orang mukmin menanam dan takut binasa. Sedangkan orang munafik sukamencabut dan mengetam saja. Orang mukmin berdakwah demi kebaikan agama. Sedangkan orang munafik berdakwah demi keuntungan dan merosakkan agama. Bahkan orang munafik memerintahkan kemungkaran dan melarang yang makruf.

Sebagaimana yang termaktub dalam firman Allah:
“orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan , setengah serupa dengan yang lain. Mereka menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf, mereka menggenggam tangannya (bakhil). Mereka melupakan Allah dan Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan dan orang-orang kafir serta kekal di dalamnya. Itu cukup ( untuk balasannya), Allah mengutuki mereka dan untuk mereka seksaan yang abadi.”
                                                                                                       (Q.S. At Taubah: 67-68)

Melatih Diri Menahan Nafsu dan Syahwat


Melatih Diri Menahan Nafsu dan Syahwat

Allah SWT telah memberikan wahyu kepada Nabi Musa as:
     “ Wahai Musa , jika engkau ingin Aku lebih dekat kepadamu daripada ucapanmu kepada lisanmu , daripada keraguan hatimu kepada hatimu , daripada rohmu kepada badanmu , daripada cahaya penglihatanmu kepada matamu dan daripada pendengaranmu kepada telingamu , maka perbanyakanlah membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW .”

Allah SWT telah berfirman :
     “ Hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang diusahakan untuk esok (hari Kiamat).”

Ketahuilah wahai manusia ! sesungguhnya nafsu yang memerontahkan kejahatan itu lebih memusushimu daripada Iblis. Syaitan hanyalah memperalat nafsu syahwat untuk menguasaimu. Janganlah engakau tertipu oleh nafsumu dengan segala angan-angan dan kepalsuan. Watak nafsu adalah berasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka. Jika engkau rela menuruti rayuannya, hancurlah engkau. Jika engkau lambat memperhitungkan tentu akan tenggelam. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia melemparmu ke Neraka.  Nafsu tidak pernah menuju kepada kebaikan. Ia sumber bencana. Dialah markas Iblis serta tempat segala keburukan yang haya diketahui oleh Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui segala yang engkau perbuat, baik mahupun jahat.
Jika seorang hamba mahu merenungi umurnya yang telah lanjut untuk mencari Akhirat ,maka renungan itu dapat mencuci hati. Seperti disebutkan oleh Rasulullah SAW:
     Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah setahun.”

Demikian dalam tafsir Abul- Laits. Maka sayugianya bagi orang yang berakal segerabertau bat atas dosa yang telah lalu dan memikirkan akan bekalan mencapai keselamatan di Akhirat. Dia memutuskan angan-angan keduniaan, segera bertaubat, mengingati Allah, meninggalkan larangan-Nya, sabar menahan nafsu dan tidak perturutkan keinginan syahwat. Ingat! Nafsu adalah berhala. Barangsiapa menuruti nafsu bererti menyembah berhala. Orang yang menyembah Allah, dialah yang mampu menahan nafsunya.

Zahya bin Muaz Ar Razi berkata, “Perangilah nafsumu dengan taat dan riadhah( latihan rohani). Riadhah adalah mengurangi tidur, makan mahupun bercakap, menahan kepedihan daripada makhluk. Sedikit tidur akan mensucikan kehendak, sedikit berkata akan selamat dari bencana. Menahan pedih dapat menghantarkan sampai puncak. Bahkan sedikit makan dapat menundukkan syahwat. Sesungguhnya banyak makan dapat mengeraskan hati dan hilangnya cahayanya. Dan cahaya hikmah adalah lapar . serta kenyang dapat menjatuhkan seseorang daripada Allah. Sesungguhnya Rasulullah SAW Telah bersabda:
     “Terangkanlah hatimu dengan lapar. Perangilah nafsumu ddengan lapar dan haus. Serta sentiasalah mengetuk pintu Syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan membela agama Allah. Dan sesungguhnya tidak ada amal yang lebih disukai Allah daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit seseorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah.”
  

Daripada Lukman Al Hakim, dia berkata kepada puteranya,’’  Janganlah engkau banyak tidur dan makan . barangsiapa memeperbanyak keduanya, pada hari Kiamat dia miskin amal soleh.’’ Ini tersebut dalam kitab ‘Maniyyatul Mufti’.

Rasulullah SAW bersabda:
“ janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan taman jika tergenang air .